Jom cari dalam sensasi blog

Friday, September 21, 2007

Rossa Sedia Maafkan Suami Curang

Posted on 12:13 AM by Sitcom




Penyanyi jelita Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 29, atau Rossa, sedia memaafkan suaminya, Yoyo demi mempertahankan rumah tangganya, meskipun kisah kecurangan Yoyo, yang juga pemain dram kumpulan Padi, disiarkan di televisyen.

“Alhamdulillah, sehingga hari ini kami masih lagi suami isteri. Rasa terluka itu memang tidak dapat dinafikan. Ia masih berbekas di hati saya. Ialah wanita mana yang sanggup mendengar atau menerima hakikat kecurangan suaminya setelah seluruh jiwa raga diberikan.

“Saya juga manusia biasa. Namun saya terima ini sebagai dugaan. Yoyo pula semakin berusaha dan menunjukkan kesungguhannya untuk memenangi hati saya kembali.

“Dia nampaknya semakin berubah dan menyesali perbuatannya mengkhianati saya sehingga mahligai bahagia yang kami bina bersama dulu menjadi hambar sejak peristiwa itu,” katanya.

Rossa yang berada di Kuala Lumpur ketika majlis berbuka puasa syarikat rakaman Suria Records (SRC) baru-baru, nyata bersikap terbuka dan sedia berkongsi hal ‘dalam kainnya’ dengan media Malaysia.

Ia juga secara tidak langsung menjelaskan keadaan sebenar rumah tangganya ketika ini, sekali gus melenyapkan gosip yang bertiup kencang di negaranya mengatakan Rossa memfailkan permohonan cerai.

“Itu cerita bohong. Saya tidak pernah ke mahkamah untuk menuntut cerai seperti yang dilaporkan akhbar Indonesia. Tiada sebarang tuntutan cerai dibuat bahkan perjumpaan dengan pihak guaman seperti yang digembar-gemburkan juga tidak pernah wujud.

“Hubungan saya dengan suami masih seperti biasa,” katanya.

Mengenai sambutan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi, Rosaa berkata, tentunya kehadiran anak mereka, Rizky Langit Ramadan cukup membahagiakannya.






“Aidilfitri yang lepas Rizki masih dalam kandungan namun sambutan kali ini lebih bermakna kerana kami dapat meraikan hari raya bersama.






“Paling manis setiap kali berbuka, dia pun ikut makan dan melihat keletahnya itu sangat membahagiakan. Lagi pula sekarang ini sudah pandai panggil mama dan sedang asyik belajar berjalan.

“Kebetulan pada 30 Oktober ini, Rizki genap satu tahun sementara saya pula meraikan ulang tahun ke-30 pada 9 Oktober. Justeru, lebaran kali ini akan dilangsungkan satu majlis besar-besaran untuk meraikan ulang tahun kelahiran saya dan anak,” katanya.

Rossa berkata, lumrah hidup orang berkeluarga perbelanjaan juga makin meningkat mengikut keperluan.

“Segala kelengkapan Rizki menjadi keutamaan. Sementara saya dan suami lebih senang pakai apa yang ada. Ramadan pula menjadi ruang terbaik untuk saya beristirahat dengan keluarga serta menunaikan ibadah.

“Undangan nyanyian tidak begitu banyak di bulan puasa melainkan terbabit dengan rakaman program hari raya. Justeru, rutin harian saya hanya di rumah, meluangkan waktu bersama anak selain menunaikan solat Tarawih.

“Ternyata selepas 11 bulan bekerja keras, tempoh sebulan berpuasa ini cukup mendamaikan hati. Sekurang-kurangnya saya dapat menghabiskan masa dengan keluarga sebelum kembali sibuk menjalani proses rakaman album selepas Aidilfitri nanti.

“Untuk album terbaru ini, saya akan merakamkan dua lagu ciptaan Yoyo. Salah satunya lagu Impas,” katanya

No Response to "Rossa Sedia Maafkan Suami Curang"

Leave A Reply