Jom cari dalam sensasi blog

Wednesday, January 14, 2009

Cinta Itu Buta

Dikisahkan..seorang buta bertanya kepada.. aweknya yang sedang memimpin tangannya.
" Sayang..betul ker sayang nie ikhlas..!!? "
Lantas..aweknya menjawab..
"Tentulah..saya sayang awak tau..!!"
Kemudian, aweknya pula bertanya..
" Awak rasalah.. saya nie..cantik tak?"
Kemudian, si buta menjawab..
" Saya tahu..kalau awak nie cantik tentulah awak takkan pilih saya yang buta nie sabagai pasangan..ehehe!!"

Tuan Motor yang terlampau

Cube bayangkan kalo mamat ni naik mOtO ni dri KL smpi Perlis…


Dah smpi Perlis….mau tak kengkang mamat tuh jalan……


Ini baru betul-betul monkey style.

Monday, January 12, 2009

Dato’ Siti Nurhaliza Failkan Cerai Terhadap Datuk K?

Cerita ini sudah lama sebenarnya & sehingga hari ini masih belum ada bukti sahih tentang apa yang berlaku.
Hari ini, akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times menerbitkan satu artikel pendek bertajuk ‘Word has it…: Is Siti’s marriage on the rocks?‘.
Penulis artikel itu mendakwa menerima e-mail yang menyatakan Siti Nurhaliza ada berjumpa bomoh di Terengganu untuk melicinkan proses penceraian beliau dengan Datuk K.
Datuk K yang tahu akan kunjungan Siti Nurhaliza itu datang ke bomoh yang sama & meminta untuk di’hentikan apa sahaja yang di’hajati Siti.
Antara puncanya adalah Siti Nurhaliza kecewa apabila Datuk K membelikan sebuah BMW untuk seorang aktress terkenal, yang juga bekas pramugari.
Ada juga sumber menyatakan yang Siti Nurhaliza tertekan kerana aliran wang’nya banyak keluar untuk membantu perniagaan Datuk K.
Entah secara kebetulan atau tidak, wartawan Murai turut memberi hint tentang seorang artis terkenal yang dahulu kahwin dengan gah sudah memfailkan cerai terhadap suami.
Sejauh mana kebenaran cerita ini, hanya Siti Nurhaliza & Datuk K sahaja yang tahu. Kita doakan yang perkahwinan mereka baik-baik sahaja. Sayang jika berakhir kerana mereka nampak mesra di’depan kamera

Farewell Party

Ustaz Akil Hayy dan Waheeda dating dlm cinema?


Bukan reka cerita, ini datangnya dari portal hiburan No.1 Malaysia, Murai. Nampaknya cerita ini akan panas tidak lama lagi.
Al-kisahnya, seorang wartawan Murai ini pergi menonton tayangan tengah malam wayang hantu Spanish, KM31. Selepas wayang habis, maka teranglah panggung itu & ketika itulah orang ramai terperasan akan kehadiran Ustaz Akhil Hayy bersama Waheeda.
Kejadian ini berlaku di 1 Utama, Petaling Jaya. Selepas perasan akan mata orang ramai yang memandang, Ustaz Akhil Hayy di’lihat berjalan jauh dari Waheeda ke tempat letak kereta. Mahu cover line mungkin, tapi sudah terlambat.
Pelik juga kerana jika mereka belum bernikah (seperti yang mereka nafikan), apa yang mereka buat berdua-duaan menonton wayang di tengah malam?
Kalau sudah bernikah, mengaku sahajalah Ustaz Akhil Hayy & Waheeda. Bukan peminat mahu marah, malah timbul pula cerita kurang enak begini

Monday, January 5, 2009

Ramalan tok batin

Krew sebuah produksi filem sedang membuat penggambaran di hutan Sarawak.Suatu hari datang seorang lelaki tua suku Penan, mendapatkan pengarah.
"Esok hujan," katanya.
Memang tepat seperti yang dikata. Esoknya krew tidak dapat menjalankan penggambaran kerana hujan.Seminggu kemudian lelaki tua itu datang lagi memberitahu pengarah.
"Hati-hati ya encik. Esok ribut petir akan melanda," katanya selamba. Memang betul, esoknya kawasan itu dilanda ribut petir. "Uhh..handal betul orang tua tu," kata pengarah. Dia meminta pengurus lokasi mengupah lelaki tua itu untuk meramal cuaca. Pengarah gembira kerana setiap ramalannya tepat.
Beberapa hari kemudian, lelaki tua itu tidak muncul-muncul. Pengarah semakin gelisah kerana esok dia bercadang merakamkan babak terpenting dramanya.
"Mat, kau cari orang tua tu dirumahnya," kata pengarah kepada pengurus lokasi.
Mulanya dia enggan bertemu pengarah, tetapi selepas dipujuk lelaki tua itu pun setuju ke lokasi. "Esok saya ada penggambaran. Semuanya bergantung pada tok untuk tentukan cuaca," jelas pengarah.
"Entahlah encik, saya tak tau!!! Radio dah pecah," kata lelaki tua itu menggerak-gerakkan bahunya...

Rahsia Bantak Tidur

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang
tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan
jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang
akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap
kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka
memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu
semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai,
malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat
egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat
percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tanpa bantal... dan tak punya bantal langsung
Mereka ni... gi la beli bantal satu weii!! Kat Tesco RM3.90 je!!
hehehehe juz for fun k…