Jom cari dalam sensasi blog

Sunday, February 8, 2009

Karpal: Anwar tak layak jadi pemimpin PKR




ANWAR IBRAHIM

--------------------------------------------------------------------------------



PULAU PINANG - Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor turut mengecam ketua pembangkang itu kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti).

"Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya. Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di sini bagi mengulas laporan polis oleh Pemuda UMNO berhubung kenyataannya untuk mengemukakan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung peralihan kuasa di negeri itu.

Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR hari ini. - Bernama

Thursday, February 5, 2009

Lawak Santai kita

Saya Masih MB- Nizar (ketegaq betoi)


IPOH - Biarpun mendapat arahan istana supaya meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih berdegil untuk melepaskan jawatan Menteri Besar Perak.

Beliau berkeras akan terus menjalankan tugas ketua eksekutif negeri sementara rayuannya didengar oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini petang semalam, Mohammad Nizar menafikan beliau menolak titah Sultan atau ingkar terhadap janjinya kelmarin untuk mematuhi apa juga keputusan baginda.

"Saya bukan ingkar atau tolak titah Sultan, cuma saya merayu Sultan (agar) mengikut ketetapan dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

"Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda 'patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan','' katanya pada sidang akhbar itu.

Raisuddin(bapa siti sarah) kahwin di siam dgn gadis 22 thn


KUALA LUMPUR - "Selama ini saya anggap kami adik-beradik tetapi tak sangka dia sanggup tikam saya dari belakang."

Demikian luahan pilu seorang peniaga apabila gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam untuk membubarkan perkahwinan anaknya dengan penyanyi dan pelakon 1980-an, Raisuddin Hamzah secara farakh.

Suberi Abdullah, 48, yang datang bersama ahli keluarganya juga terkilan dengan bapa penyanyi genit Siti Sarah itu yang melarikan anaknya untuk berkahwin di Thailand.

Namun, kemarahannya sedikit reda apabila anaknya, Siti Fatimah, 22, berjumpa dan mencium tangannya sebelum beredar meninggalkan mahkamah bersama Raisuddin.

Terdahulu dalam prosiding semalam, Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad menolak permohonan pengesahan nikah oleh Raisuddin, 52, dan isteri atas alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kedua-dua kes itu.

Beliau memerintahkan pasangan itu memfailkan permohonan pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Tinggi kerana ia membabit isu poligami.

Wednesday, February 4, 2009

Tawaran bilik dari RM38.80 di Genting

KUALA LUMPUR - Kepada anda yang ingin menginap di pusat peranginan Genting Highlands sambil berjimat, tunggu tawaran pakej sewa bilik dari semurah RM38.80 semalam mulai 13 Mac ini.

Ia sempena Pameran Pelancongan Antarabangsa Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2009 yang berlangsung tiga hari bermula tarikh itu.

Jurucakap Genting Highlands Resort dalam satu kenyataan semalam berkata, pakej itu termasuk penginapan dua hari satu malam serta sarapan untuk dua orang.

Selain itu, mereka juga menawarkan pakej serendah RM98.80 untuk penginapan dua hari satu malam beserta sarapan dan tiket taman tema untuk dua orang.

Melalui pameran itu juga, kad tambah nilai Genting Holiday bernilai RM100 akan dijual RM85 manakala untuk nilai RM300 pula akan dijual serendah RM255.

Kad tersebut sah digunakan di pusat peranginan tersebut.

Selain itu, pelanggan akan menerima baucer percuma Room Bonanza apabila membeli mana-mana pakej bilik dan kad tambah nilai Genting Holidays.

Fasha Sandha Perokok..



ngape la liar sgt pompuan nie
heran aku

Keluarga Pocong Dibakar sampai hangus


KOTA TINGGI - Keresahan penduduk sekitar bandar Kota Tinggi terutama di Kampung Tembioh di sini dianggap sudah berakhir apabila kelima-lima 'ahli keluarga pocong' yang dijumpai baru-baru ini dibakar di tanah perkuburan Islam Kampung Makam kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Penduduk terpaksa menggunakan minyak petrol dan kayu api kering untuk membakar kain-kain kapan lembap yang masih kuat berbau kapur barus itu satu demi satu di tapak bakar sampah dalam kawasan perkuburan tersebut.

Hanya kira-kira 20 orang berada di kawasan itu termasuk pegawai daripada Jabatan Kesihatan, Majlis Agama Daerah dan jawatankuasa Masjid Kampung Makam manakala beberapa orang wanita sekadar melihat upacara itu dari jarak kira-kira 70 meter.

Selepas proses pembakaran selesai, abu-abu daripada pembakaran itu dibiarkan sahaja di situ.

Seorang penjaga tanah perkuburan itu, Othman Markan, 39, berkata, kerja-kerja membakar pocong tersebut dilakukan pada awal pagi semalam sebaik mendapat arahan Jabatan Agama daerah.

"Semua berjalan lancar, tiada ada apa-apa masalah semasa pembakaran dibuat,'' katanya ketika ditemui semalam.