Jom cari dalam sensasi blog

Tuesday, September 16, 2008

Things to do before die..hehe



Artis dan ibu mereka

















Saturday, September 6, 2008

Maya Kahwin Mat Salleh


Gambar Wedding Deja Moss dan Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad




Dengan sekali lafaz, penyanyi bersuara lantang Sharifah Hadijah Wan Mos atau Deja Moss, 35 sah bergelar isteri kepada Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad (Andy), 29 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut iaitu Nohd. Nazarudi Mohd. Nadzir dengan berwalikan bapa Deja iaitu Wan Mos Wan Hamid dengan mas kahwin sebanyak RM1,111 beserta sebentuk cincin.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh kaum keluarga Deja iaitu ibu Deja, Kasma Redwan, ibu dan bapa Andy, Datuk Azzuddin Ahmad dan Datin Dayang Hasiah Abang Abdul Samad, ibu dan bapa angkat Deja, Datuk Haniff Taib dan Datin Julie Haniff, saudara-mara kedua-dua belah pihak, rakan-rakan terdekat termasuk rakan artis.

Antara artis yang hadir adalah penyanyi Anuar Zain, Rem, Bob AF2, Izwan Pilus, pelakon Vanida Imran, Rashidi Ishak, Riezman Khuzaimi, Datin Nina Juren, Noniswara, Melisa Saila, dan Zaibo selaku wakil sebelah pengantin perempuan.

“Alhamdulillah, selepas dinikahkan saya rasa kehidupan saya pada masa akan datang sudah berbeza. Semasa membujang dulu lain, tetapi dah kahwin ni lain. Dah jadi isteri orang ni, komitmen saya terhadap kedua-dua buah keluarga semakin bertambah. Saya juga berasa sedih sebab dah 35 tahun saya membujang, tiba-tiba hari ini saya sudah bergelar isteri,” luah Deja ketika ditemui di dewan makan yang menghimpunkan kira-kira 400 orang yang hadir dalam majlis tersebut.

Ditanya tentang wang hantaran, kata Deja, “Biarlah rahsia. Bagaimanapun, wang hantaran tersebut adalah mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.”

Pihak pengantin perempuan menerima tujuh dulang daripada pengantin lelaki iaitu berupa tepak sirih, jam tangan, cincin, manisan, wangian, beg tangan dan kasut, serta set barang kemas.

Dimaklumkan, wakil keluarga Andy telah merisik Deja pada 5 Julai lalu di Kuching, Sarawak. Pasangan ini sudah saling mengenali sejak kecil lagi dan bertemu kembali selepas 14 tahun terpisah. Mereka mula serius bercinta sejak setahun enam bulan lalu.

Selepas ini, Deja dan Andy memilih untuk menetap di Ampang, di sini. Pasangan ini juga dijangka memilih negara Chile sebagai destinasi bulan madu mereka pada November depan.

Friday, September 5, 2008

Tyra Lesson in Breast Feeding

Live breast examination by professional doctor

u mobile..anda tentukan


Hello kengkawan..!

-

Just nak bagitau jer kat sini pasal U Mobile 018 tu lah.
Yang skang ni sibuk buat iklan kat tv. Bulan May lepas aku gi jenjalan lah kat Gombak.
Akupun singgahlah kat satu kedai hp ni sbb nak tengok2 handset..
Akupun ternampaklah poster U Mobile ni. So, aku pun courious sangatlah nak tau amendenyer U Mobile ni.
-

Toke nipun bercerita pendeklah kat aku.
-

1. Takde access fee. (yuran bulanan)
2. Monthly charges RM38/mth (minimum)/ Maksudnya kalau guna lebih dr RM38, kena bayar lebihlah.
3. Charges dikirakan berdasarkan per saat . Bukannya per minit.
4. Call charges dan sms flat rate ke semua operator.
5. Selagi tak activate, tak payah bayar.
6. 2 bulan free access untuk broadband.
-
Itu jer lah citernya.
-

Aku pun memanglah berminat sebab aku pun suka bergayut. Kira murahlah sikit berbanding Minute Plan Celcom yang aku guna skang ni. Aku pun daftarlah. Sorang blh daftar 2 no walaupun nama blacklisted. (Nampak sgt co. ni terdesak sgt nak kan bisnes)
-

Selepas 24 jam aku pun cubalah sim kad U Mobile 018 ni. Maklumlah nak try. Malangnya tak jugak ada line. Aku pun naik fed-up lah. Masuk hari ke 3 aku call cust. service utk check. Malangnya aku diberitahu bahwa U Mobile 018 ni hanya untuk 3G handset sahaja.
-
Akupun benganglah. Apesal agent tu tak bagitau kat aku pasal ni. Hdset aku mana boleh akses 3G. So, akupun simpan jerlah sim kad tu buat bodoh pasal tak boleh nak activate. Agent tu kata selagi tak activate tak payah bayar.
-
Tiba-tiba hari ni 13/8/2008 aku terima bil dari U Mobile 018 untuk bulan May 2008 berjumlah RM 45.15. Aku daftar 2 nombor so kalilah 2. Lagi aku tension.

Aku call lagi cust service nak tanya kenapa aku perlu bayar untuk benda yang aku tak guna.
-
Jawab cust service !
-

itu commitment aku pasal aku dah mendaftar dengannya. Lagipun aku tak terminate lagi no. tuh! Hidup2 aku kena tipu dengan agen dia ni. Kurang ajor sungguh..!
Itu baru bil utk bulan May. Bermakna bil untuk bulan Jun, Julai dan Ogos akan menyusul kemudian selagi aku tak terminate line ni.
-

Memang barua U Mobile ni.! Seminggu selepas tuh aku terserempak dengan sepupu aku yang menggunakan U Mobile 018 jugak. Katanya coverage mmg teruk. Sebenarnya U Mobile 018 ni menggunakan roaming dari celcom sebab coveragenya yang terhad. Dia pun merungut sakan..!

Masalahnya lagi tempat nak membayarnya pulak tu dia kat Time Square ngan Sunway Pyramid jer. Adoii.. lagilah pening.!! Apa nak buat..! Dah terkena, terima jer lah.
RM 45.15 x 2 x 4 = RM 361.20
-
(Perlukah aku membayar untuk perkhidmatan yg aku tak gunakan?)
Tak habis2 kena tipu dalam hidup ni.!