Jom cari dalam sensasi blog

Sunday, January 3, 2010

Fitnah zaquan GAY amat mengaibkan-Ayu Raudhah


SUSULAN laporan sebuah akhbar tabloid tempatan berhubung dakwaan cinta songsang pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Abdul Razak, 22, bertarikh 1 Januari 2010, terpanggil untuk menghubungi aktres sedang meningkat naik yang juga kekasih hati Zaquan, Ayu Raudhah Che Wan bagi mendapatkan komen dan pandangan lanjutnya berhubung isu tersebut.

Menurut laporan, Zaquan telah didakwa mempunyai hubungan terlarang bersama seorang 'kekasih gelap' kaum sejenis, dipercayai berasal dari Sarawak, yang dikenalinya menerusi ruang sembang di Internet.

Bagaimanapun, akhbar tabloid itu semalam melaporkan, dalang di sebalik penyebaran fitnah itu sudah pun dikenal pasti.

"Dakwaan itu memberikan kesan yang tidak baik bukan sahaja pada Zaquan dan keluarga, malah saya turut terkena tempiasnya. Ia agak keterlaluan dan mengaibkan Zaquan.

"Kesannya amat besar dan mencemar nama baik Zaquan sekeluarga. Sudah tentu masyarakat akan berpandangan serong pada Zaquan. Ini amat memalukannya. Saya terkilan dan kecewa dengan fitnah itu.

Bercerita lanjut, Ayu mengakui, Zaquan ada menghubunginya sebaik sahaja cerita itu diterbitkan untuk meluahkan perasaan tertekan dan kecewa pemain bola sepak itu terhadap fitnah tersebut.

"Zaquan memang ada menghubungi Ayu sebaik sahaja berita itu keluar. Dia sangat tertekan dan malu dengan fitnah yang melanda. Dia terus balik ke rumah orang tuanya di Seremban untuk berjumpa dengan keluarganya bagi membincangkan lebih lanjut mengenai berita itu.

Ayu lantas ditanya adakah kekasihnya itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hebahan fitnah itu, pelakon siri popular Nur Kasih itu berkata, dia memang ada mendengar bahawa Zaquan ada bertemu dengan peguam berhubung isu fitnah itu.

Namun, sebagai orang luar dia tidak berani untuk memberikan sebarang komen mengenai perkara itu memandangkan pihak keluarga Zaquan belum membuat sebarang keputusan lagi.

"Memang Zaquan sudah berbincang dengan peguamnya berhubung isu fitnah itu. Tapi, saya masih belum tahu keputusan yang akan diambil kerana keluarganya belum buat apa-apa keputusan. Lagipun tidak elok untuk saya komen apa-apa kerana saya orang luar," ujar Ayu.

Ayu yang mengakui telah berkawan dengan penyerang pasukan Negeri Sembilan itu sejak tujuh bulan lalu, amat bersimpati dengan dugaan yang menimpa kekasihnya.

Beralih perbualan kepada perkembangan karier lakonan Ayu, adik kepada aktres Rozita Che Wan ini berkata, dia baru sahaja menamatkan penggambaran untuk sebuah telefilem berjudul Sekam untuk siaran RTM. Menurut Ayu, dia memainkan watak sebagai Mazlin, seorang pembunuh yang membunuh dalam diam kerana ingin membalas dendam. Telefilem arahan Rahim Awang itu turut memerlukan Ayu melakonkan aksi bersilat serba sedikit.

Menyentuh tawaran filem pula, Ayu berkata dia dijangka akan turun ke lokasi penggambaran filem Nur Kasih arahan Kabir Bhatia pada April depan. Selain Nur Kasih, Ayu yang turut terlibat dalam filem Madu Empat (arahan Razak Mohaideen) dan Durian vs Timun (arahan AR Badul) teruja untuk menyaksikan kedua-dua filem lakonannya itu menjengah pawagam pada tahun ini.

Tips Kecantikan untuk diamalkan setiap hari

Atas sebab permintaan ramai, marilah saya kongsi tips 'grooming' yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Sebelum mula, saya sedikit terkilan bila ada yang meminta saya menyediakan entri 'tips bersolek' walhal, entri itu telah lama saya buat dahulu ketika menjadi model untuk Lancome.

WAJAH
Toner/penyegar merupakan bahan terpenting dalam satu 'skin regime'.

Toner/penyegar berfungsi untuk menutup liang roma anda. Sebelum skrub muka, harus menutup liang roma dahulu, untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima.

Sebelum bersolek juga harus tutup liang roma dahulu untuk mengelakkan make up termasuk ke dalam liang roma dan menyebabkan ianya kekal di situ hingga bulan depan. Eh maksud saya, untuk mengelakkan liang roma tersumbat dan menambahkan jeragat.

SEBELUM PAKAI PELEMBAP JUGA HARUS PAKAI TONER KERANA PELEMBAP HANYA PATUT BERADA DI PERMUKAAN KULIT, TIDAK PATUT DISERAP OLEH KULIT.

Secara kronologinya begini:

1. Cuci muka dengan pencuci muka dan bilas.
2. Pakai toner/penyegar.
3. Skrub muka menggunakan facial skrub yang ada jojoba beads.
4. Cuci muka dengan air.
5. Pakai toner lagi.
6. Pakai mosturizer/pelembap.
7. Mula solekan!

Hanya dengan regime di atas barulah solekan anda stay di muka dengan jangka masa yang lebih panjang :)

Kening harus sentiasa dijaga rapi untuk menonjolkan mata, bentuk muka dan hidung anda.

Skrub muka 3 kali seminggu. Skrub yang wajar dipromosikan di sini ialah Syahirah: Gel Pengelupasan.

Tidur awal. Ini bukan sahaja merehatkan kulit, tetapi telah menambah ketinggian kepada saya dan ramai rakan tinggi saya. (Kecuali anda dah cecah umur tumbesaran sudah berhenti).

Lindungi wajah dari matahari. Paling penting, sebab jikalau kulit diabaikan dan terdedah kepada pancaran matahari, memang muka cepat kering seterusnya berkedut dan berbintik hitam. Cara lindungi: Pakai bedak asas ikut ton warna kulit anda. Sunscreen tipu jangan pakai.



BADAN
Beli 'body scrub' dan skrub kulit yang kusam. Yang orang paling selalu terlepas pandang ialah keperluan meng-skrub siku dan lutut!

Buat bicycle kick sebelum tidur untuk kaki cantik. Maaf tiada video demonstrasi ya.

Memakai kasut sepatu tinggi sebenarnya banyak membakar lemak kerana otot-otot yang terpaksa digunakan untuk menstabilkan badan.

Jangan cukur bulu ketiak kerana ia akan menggelapkan kulit di bahagian tersebut. Sebaiknya pergilah wax. Kesakitannya setimpal dengan keputusan akhir. Memang berbaloi (tagline Kamdar).

Baca lagi tips ini

My personal tips untuk menjaga rambut agar sehat bersinar.. T_T

1. Basuh rambut selang sehari.

2. Never basuh waktu pagi, waktu malam sahaja.

3. Sarung bantal satin.

4. Letak bedak di bantal sebelum tidur (untuk kurangkan minyak dan berbau harum).

Baca lagi tips nie

Pengakuan Scha tentang hubungan nya dengan Awal

Scha: ktrg memang rapat gile babi....bla3...(watch it k~)

Mesranya Jimmy shanly dan Diana Danielle...

Farid Kamil tak cemburu ke?

Puteri Sarah Liyana ditahan tak bayar hutang PTPTN?


Alkisahnya dalam Mingguan Malaysia hari ini mengatakan yang Puteri Sarah Liyana ni bersama keluarganya hendak bercuti ke Krabi, Thailand kira-kira 2 minggu yang lepas. Dah sampai airport pun, tiba-tiba masa pemeriksaan pihak imigresen di dapati nama Puteri Sarah ni termasuklah dalam senarai peminjam PTPTN yang telah di senarai hitam.

Barang-barang Puteri Sarah yang sudah dibawa masuk ke dalam kapal terbang terpaksalah dipunggah semula keluar. Kan menyusahkan penumpang lain yang hendak ke Krabi, Thailand.

Maka Puteri Sarah ni naik hangin lah, dia terkejut sebab dia masih lagi menjadi pelajar Kolej Taylors dalam bidang pelancongan dan hospitaliti masakan namanya dimasukkan dalam senarai hitam PTPTN. Bukan ke bayaran PTPTN hanya dibuat selepas 6 bulan pelajar tersebut tamat belajar? Ini lain pula, belum tamat belajar sudah kena blacklist.

Antara artis yang sebelum ini hendak ke luar negara tetapi ditahan kerana tidak membayar hutang PTPTN ialah Faizal Tahir. Kepada Puteri Sarah, lain kali sebelum membuat perancangan ke luar negara, pastikan nama tidak di senaraihitam oleh pihak PTPTN dulu.

Linda Onn nak keluar dari Sinar Fm

Daripada sumber yang boleh dipercayai..Linda Onn telah meninggalkan Sinar Fm dan nak join suria FM~ tu je lah yg nak citer kat korang..huhuh...korang kan suka nak jaga tepi kain org..tak caya sudah...bini kau nama bedah..

aha jgn mare ye~



mak haih,tangan hitam serupa tangan nenek kebayan...opss..tak bek mengata org..